::
2003
::
2002
 
 
 
 

Urusetia

Jawatankuasa Lawatan dan Penyelarasan Keahlian (KWSP)

Jawatankuasa Pendidikan (LHDN)

Jawatankuasa Sukan (BNM)

Jawatankuasa Kebajikan (JPPH)

Jawatankuasa Agama (JKDM)

Jawatankuasa Sosial(BSN)

Jawatankuasa Projek Khas

AKTIVITI PUSPANITA KEMENTERIAN KEWANGAN
BAGI TAHUN 2002

 

 
 
       
Bil
JAWATANKUASA
AKTIVITI
 
       
1.

Menu Laporan
Jawatankuasa Lawatan dan Penyelarasan Keahlian (KWSP)
  • Pengemaskinian senarai keahlian.
  • Lawatan ke Vietnam pada 3 hingga 6 Mei 2002.
 
2.

Menu Laporan
Jawatankuasa Pendidikan (LHDN)
  • Program Motivasi untik pelajar PMR, SPM dan STPM pada 27 Julai 2002 di LHDN.
  • Seminar Pendidikan Kesihatan Wanita Bekerjaya pada 14 September 2002 di Hotel Dynasty, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 150 ahli. Penceramah terdiri daripada Dr. Mohamad Ismail Thambi dari Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Dr. Sharifah Hayati dari Universiti Malaya.
 
3.

Menu Laporan
Jawatankuasa Sukan (BNM)
  • Pertandingan rounders antara Jabatan pada 21 Julai 2002 di padang Universiti Malaya dimenangi oleh LHDN.
  • Pertandingan karom antara Jabatan pada 27 dan 28 Julai 2002 di Dewan Aukan BNM dimenangi oleh BNM.
  • Pertandingan badminton antara Jabatan pada 27 Julai 2002 di Dewan Sukan BNM dimenangi oleh BNM.
  • Johan menyeluruh pertandingan sukan antara Jabatan tahun 2002 ialah BNM manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh LHDN dan KWSP masing-masing. Penyampaian hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap pertandingan serta piala pusingan untuk johan menyeluruh telah diadakan di Majlis Mesra Bersama PUSPANITA Perbendaharaan pada 10 Januari 2003 di Dewan Serbaguna, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
  • Latihan badminton pada setiap Selasa dan Khamis di Gimnasium BNM terbuka kepada semua ahli PUSPANITA Kementerian Kewangan.
  • Latihan intensif bowling sebagai persiapan untuk pertandingan bowling anjuran PUSPANITA Kebangsaan pada 1 Jun 2002.
  • Latihan intensif bola jaring sebagai persiapan untuk pertandingan bola jaring antara kementerian peringkat Wilayah Persekutuan anjuran PUSPANITA Kebangsaan pada 13 dan 14 Julai 2002.
  • Latihan intensif badminton sebagai persiapan untuk kejohanan badminton PUSPANITA antara kementerian pada 3 dan 4 Ogos 2002.
 
4.

Menu Laporan
Jawatankuasa Kebajikan (JPPH)
  • Skim Bantuan Pelajaran Anak-Anak Ahli di mana 37 ahli telah menerima bantuan sebanyak RM100.00 seorang dan penyerahan cek disempurnakan semasa Mesyuarat Agung Tahunan pada 13 April 2002.
  • Sumbangan Pakaian Sekolah bernilai RM 1,000 kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Jalan Kapar, Sungai Pinang Klang.
 
5.

Menu Laporan
Jawatankuasa Agama (JKDM)
  • Ceramah Agama bertajuk "Muhasabah Diri" disampaikan oleh Dr. Fatma AzZahraa pada 14 Jun 2002 di Bilik Gerakan, Tingkat 16, Perbendaharaan.
  • Penyertaan 3 pasukan dalam Pertandingan Marhaban peringkat Kementerian iaitu Kumpulan Al-Husna dari JAN, Kumpulan PUSPANITA Kijang dari BNM dan Kumpulan Mutiara Hasil dari LHDN di mana Kumpulan dari LHDN telah berjaya memasuki peringkat kebangsaan.
  • Majlis Bacaan Surah Yasin diadakan sempena bulan Ramadhan.
 
6.

Menu Laporan


Jawatankuasa Sosial(BSN)
  • Majlis Hari Raya dan Tahun Baru pada 18 Januari 2002 di Wisma BSN.
  • Penyertaan ahli BSN di dalam Pertandingan Tiru Gaya Biduanita Saloma pada 4, 5 dan 21 Jun 2002 di Angkasapuri Kuala Lumpur di mana peserta tersebut berjaya memasuki peringkat akhir dan memenangi kategori Pakaian Terbaik.
  • Majlis Jamuan Hari Raya pada 20 Disember 2002 di hotel Dynasty, Kuala Lumpur.
 
7.

Menu Laporan

Jawatankuasa Projek Khas:
(i) JAN

  • Simposium Undang-Undang Keluarga dan Hak-Hak Wanita pada 29 September 2002 di Hotel Vistana Kuala Lumpur dihadiri oleh 300 orang.
 
  (ii) Perbendaharaan
  • Pembangunan laman web Puspanita Cawangan Kementerian Kewangan
 
8.

Menu Laporan
Urusetia
  • Majlis Citra Kasih Untuk YABhg. Dato' Seri Dr. Siti Hasmah Bte. Hj Mohd. Ali pada 26 Mac 2002 di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi.
  • Penyertaan aktiviti PUSPANITA Kebangsaan seperti berikut:-
    • Majlis Sehari Bersama Keluarga pada 6 Januari 2002 di Stadium Kajang anjuran bersama Kementerian Pembangunan Wanita Dan keluarga;
    • Sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada 11 Januari 2002 di Rumah PUSPANITA Jalan Hose;
    • Persidangan Perkembangan Sistem Pendidikan Nasional pada 26 Februari 2002 di Maktab Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya;
    • Lawatan rasmi Yang DiPertua dan Ahli Majlis Tertinggi ke Kementerian Perusahaan Utama pada 21 Februari 2002;
    • Lawatan rasmi Yang DiPertua dan Ahli Majlis Tertinggi ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga pasa 4 April 2002;
    • Ceramah Kesedaran Faraid dan Perancangan Pusaka pada 19 April 2002 di Rumah PUSPANITA anjuran bersama Amanahibah Sdn. Bhd;
    • Lawatan rasmi Yang DiPertua dan Ahli Majlis Tertinggi ke Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat pada 23 Mei 2002;
    • Pertandingan Tiru Gaya Biduanita Saloma pada 4, 5 dan 21 Jun 2002 di Angkasapuri Kuala Lumpur;
    • Kejohanan Bowling PUSPANITA Kebangsaan pada 21 Jun 2002 di Ampang Superbowl, The Summit Subang USJ;
    • Lawatan rasmi Yang DiPertua dan Ahli Majlis Tertinggi ke Akedemi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 4 Jualai 2002;
    • Pertandingan Marhaban 'Nur Hidayah' peringkat kementerian pada 11 Julai 2002 di Rumah PUSPANITA dan peringkat kebangsaan pada 21 Ogos 2002 di Angkasapuri Kuala Lumpur;
    • Pertandingan Bola Jaring Di Antara Kementerian-Kementerian Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 2002 pada 13 dan 14 Julai 2002 di Stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur;
    • Ceramah Khas "Kesan Pil Pelangsing Terhadap Kesihatan" pada 2 Ogos 2002 di Maktab Kerjasama Malaysia, Selangor;
    • Kejohanan Badminton PUSPANITA Antara Kementerian pada 3 dan 4 Ogos 2002 di Dewan Sukan, Kementerian Kerjaraya;
    • Majlis Perasmian Upacara Pecah Tanah Bangunan PUSPANITA baru di Putrajaya iaitu "Puspanita Puri" pada 14 Ogos 2002 di Presint 10 Putrajaya;
    • Majlis Sambutan Hari Wanita 2002: "Nur Memupuk Generasi Berilmu" anjuran Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita Dan Keluarga pada 25 Ogos 2002 di Stadium Putra Bukit Jalil;
    • Lawatan rasmi yang DiPertua dan Ahli Majlis Tertinggi ke Institut Penyelidikan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 29 Ogos 2002;
    • Majlis Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pada 4 September 2002 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur;
    • Kursus membuat kek dan pastri dari September hingga November 2002 di Pusat Latihan KEMAS, Jalan Syed Putra Kuala Lumpur;
    • Kursus Kepimpinan Berkesan Siri 2 untuk Setiausaha/Penolong Setiausaha PUSPANITA pada 14 Oktober 2002 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara;
    • Seminar Pengurusan Kebahagian: "Keluarga Bahagia Pekerja Ceriajaya" pada 30 Oktober 2002 di The Mines Beach Resort & Spa, Kuala Lumpur.